Tuesday, April 15, 2014

Antara mahu dan tidak



Tinggal hanya lebih kurang seminggu aku disini. Bersama kekeliruan perasaan yang mengambil "shift" untuk ditukar ganti. Kadang merasa tidak mampu menanti untuk pergi, dan selainnya tidak mahu meninggalkan. Aku masih tidak layak dipanggil pendidik yang sejati. Masih jauh untuk melayakkan diri bergelar sedemikian. Namun, anak - anak ini, memberi kasih dan sayang tanpa sebab dan punca. Soalan - soalan tentang bila aku akan pergi meninggalkan mereka membuat hati aku terluka. Pertanyaan mereka adalah kerana niat mereka tersendiri. Tapi hati tetap memberontak untuk tidak pergi. Untuk apa kau ucap terima kasih itu sayang . Terima kasih itu untuk apa. Aku merasakan tidak perlu, kerana bersama mu, aku yang merasa banyak disekolahkan. Setiap pagi disambut dengan senyuman, waktu senggang menanti untuk makan bersama.
Adakah biasa perasaan ini ?
 Atau aku yang berlebih lebih merasakan sayang ?
Mungkin mereka tidak merasakan yang sama, mungkin itu menjadi rutin mereka.
Tapi masih aku merasa, perasaan ini kekal sama.


No comments: